halloooooooo.... macam mat
saleh plak dah pepagi ni berhalo..halo....hehehe
Assalamualaikum buat semua
yang sudi jenguk blogku ini... hari ni nak sambung share entry semalam... nak
share proses macamana nak dapatkan rumah lelong... ak just share melalui
pengalaman ak beli rumah... ada orang beli rumah lelong untuk kumpul aset... ada
orang beli rumah lelong untuk buat bisnes hartanah... macam ak beli rumah untuk
ak duduk.... ak just terjebak beli rumah lelong cz tak mampu nak beli rumah
baru yang harganya sekarang mencecah sampai RM300k +++... tak termampu
dengan kos sara hidup yang semakin meningkat ni... jadi keputusan memilih rumah
lelong adalah yang sesuai dengan ak dan suami... cuma rumah lelong ni kena
tengok jugak... kadang-kadang x rupa rumah dah... siapa yang berani ambil
risiko boleh beli rumah lelong...
apa yang ak taip ni sekadar
perkongsian pengalaman ak, bagi maklumat yang lebih jelas dan tepat boleh
berhubung dengan pakar-pakar ejen hartanah & lawyer...
1.
Carian lelongan: Mudah.com / iproperty / bank-bank / pejabat tanah & etc.
(Kalu
dah ada tempat target lagi senang)
2.
Simpan / print / snap notis lelongan
3. Buat semakan dengan pejabat tanah, bank
pelelong dan sesiapa yang mengetahui perihal rumah yang dilelong. Dari segi
pemilikkan dan apa sahaja yang mungkin akan menyukarkan proses anda setelah
rumah Berjaya di bida. ( Penting : untuk mengelakkan pelaburan duit kepada
perkara-perkara yang menyukarkan proses pembayaran dan pemilikkan)
4.
Jika anda berminat proses seterusnya :
a)
Sesiapa yang ingin menggunakan loan perumahan dari bank, boleh pergi ke
mana-mana bank, minta pegawai bank buat perkiraan adakah dengan gaji anda
sesuai tak untuk mohon loan perumahan… Pegawai bank akan tengok gaji berapa, gaji
tetap atau gaji hari, ade bebanan hutang atau tidak, ade blacklist atau tidak…
bila pegawai bank kata anda boleh lepas loan perumahan… anda boleh teruskan
kepada step ke 5.
b)
Bagi yang ade duit cash dengan nilai harga lelongan (kene ade lebih dari nilai
lelongan cz mungkin selepas bida rumah nilai lelongan akan naik sekiranya ade
pembida lain) boleh terus kepada step 5.
c)
Bagi government yang ingin menggunakan loan kerajaan sila hubungi bahagian loan
perumahan kerajaan dahulu untuk memastikan dengan tempoh masa pembayaran
lelongan adakah duit dapat disettlekan kepada bank pelelong (sekiranya tidak…
jangan ambil risiko)
5.
Buat bank draf di mana-mana bank : 10% dari harga lelongan.
(Cas
buat bank draf rm5.++)
6.
Pergi ke Mahkamah yang telah dinyatakan dalam Notis Lelongan pada tarikh dan
masa yang ditetapkan… (Jangan lewat!!! Bagi yang serius)
Di
Mahkamah :
a)
Pihak pendaftar akan panggil masuk ke dalam kamar mahkamah semua yang ingin
bida rumah. (tunggu sehingga dipanggil)
b)
Ambil borang dan lengkapkan kemudian pulangkan semula kepada pendaftar Mahkamah
beserta cek bank draf.
c)
Tunggu di luar kamar mahkamah semula sehingga Pendaftar mahkamah panggil
mengikut notis lelongan.
d)
Pendaftar akan nyatakan proses membida rumah. Sekiranya anda Berjaya bida
dengan nilai bidaan, pelelong akan serahkan beberapa dokumen lelongan untuk
anda dan pihak lawyer bank tandatangan beserta pembayaran stem hasil.
e)
Setelah selesai documentation pelelong & lawyer bank akan menjelaskan
tempoh bayaran yang anda perlu jelaskan. ( ada yang 3 bulan & ada yang 4
bulan )
*Bagi
mereka yang menggunakan ejen hartanah semua tu akan diselesaikan oleh ejen, Cuma
tuan badan kena berada dalam mahkamah ketika bidaan berlansung…
7. Selepas selesai proses
di Mahkamah sekiranya anda Berjaya bida, jangan terus peram atau simpan
documentation lelongan… cz setiap saat waktu yang berlalu akan merugikan… bagi
yang ingin guna loan bank perlu terus ke mana-mana bank yang anda telah
pastikan di step 2 sebelum ini untuk submit loan… Bagi yang menggunakan bayaran
cash boleh pergi ke mana-mana pejabat lawyer perumahan yang boleh menguruskan
proses bayaran dan pemilikkan. Bagi yang menggunakan loan
kerajaan boleh terus submit kepada pihak pengurusan.
PERINGATAN
*Pastikan anda sediakan
cash money bagi membuat pembayaran lawyer bagi urusan jual beli. Biasanya
mengikut nilai harga rumah.
*Pastikan proses ini dapat
diselesaikan sebelum tempoh tamat bayaran yang ditetapkan. Sekiranya tidak
diselesaikan sebelum tempoh tamat :
a) Duit bayaran bank draf
10% dari nilai lelongan akan hangus. (confirm rumah x dapat)
b) Sekiranya berkeras
mahukan rumah tersebut dan mahu lanjutkan tempoh bayaran, anda akan dikenakan
penalti mengikut persetujuan lawyer bank yang membuat lelongan.
*Pastikan anda selalu
berhubung dengan lawyer agar proses pembayaran dapat diselesaikan sebelum
tempoh tamat.
*Perlu sediakan cash money
bagi menyelesaikan bayaran cukai tanah dan cukai pintu bagi rumah yang ada
tunggakan. ( Jangan risau duit bayaran cukai tanah & cukai pintu boleh
claim pada lawyer bank yang buat lelongan. Kebiasaanya lawyer yang kita
bayar untuk proses ini akan uruskan bab claim.)