SALAM PENGHULU
SEGALA HARI…
Ermmmm… rasa penat @
letih @ stress , yang sentiasa menyelubungi diri tiap2 minggu… apakan daya diri
untuk menolak semua rasa ini… terpaksa akur dengan kehendak situasi hari ini…
mungkin ibu2 mama2 mak2 umi2 diluar sana merasai apa yang ak rasa….
Seorang ibu
berkerjaya ; seorang ibu yang menguruskan hal rumahtangga ; seorang ibu yang
juga seorang isteri; seorang ibu yang juga seorang anak ; dan mcm2 lagi peranan
yg perlu ak mainkan.. kadang2 peranan2 itu semua ada yang ak abaikan…
Lebih memenatkan
situasi kerja yang jauh dari rumah… bukan ak sahaja suami pun macam tu.. ditambah
lagi dengan haluan kerja yang berbeza… memang sangat memenatkan… minda juga dibebani dengan
memikirkan keadaan suami yang pergi kerja menaiki motor pagi2 subuh hari.. keadaan jalan yang memang kita semua tahu mcmn
jalanraya di Malaysia ni… mcm2 bermain di fikiran… apepun hanya mampu berdoa
agar perjalanan suami pergi & balik sentiasa dilindungi Allah s.w.t.
macam biasa jadual
ak bangun pagi pukul 4.30am… menyiapkan sarapan dan bekal untuk ak & suami
bawa… kemas rumah cz ak x nak kalau balik dr kerja tengok rumah bersepah… sidai
kain, & sememangnyer setiap hari rutin ak membasuh baju malam &
paginyer ak jemur di luar rumah… siapkan barang2 anak ak ke rumah pengasuh,
selalunya pakaian ak siapkan sebelum tidur Cuma bekal puri anak ak perlu distim
untuk memudahkan pengasuh ak bagi anak ak makan.. dan yang pasti ak yakin cara
yang ak buat lebih selamat untuk anak ak… cz ak pun x tahu mcmn pengasuh bagi
makan anak ak.. lebih baik ak siapkan terus untuk elakkan masalah seperti sakit
perut or cirit birit… maklumlah baby memang banyak benda perlu di jaga dari
aspek kebersihan….
Selesai semua pukul
5.30 ak kejutkan suami & bersiap terus mandi dll untuk pergi kerja… anak ak
sofea kebiasaanya mmg bangun awal.. 5.30am mmg bangun sama dengan papanya… siap
sume kul 6 serve suami ak makan, kemas2 sikit… kul 6.30 ak gerak hantar anak ke
rumah pengasuh & bertolak ke tempat kerja… kebiasaanya ak sampai 10 minit
sebelum pukul 8.00 am… alhamdulilah Allah s.w.t melindungi perjalananku… tetapi
mcm biasalah bila meninggalkan anak dengan pengasuh, kerisauan sentiasa melanda
tetapi cuba sekalkan hati dan yakin dengan Allah s.w.t anakku selamat tinggal
dengan pengasuh… ye lah sekarang ni mcm2 kisah benar yang dipaparkan melalui
video berkenaan penderaan kanak2 oleh pengasuh… ak kena sentiasa berwaspada…
Keadaan di tempat
kerja, ak malas nak cerita… cz semua org bekerja & tahu waktu itu memang
kita akan terikat dengan komitmen kerja… habis keje pukul 5, ak lah selalunya
org pertama yg akan terpacak di depan punch card tuk balik… sampai di rumah
pengasuh pukul 6.00pm campur borak2 tanya perkembangan anak ak setiap hari ;
6.15 pm ak sampai umah… sampai rumah main2 sekejap dengan anak ak, itupun x
sampai 5 minit… ak dh mula siap tuk memasak makan malam… yg pasti ak nak bila
suami balik mknn dh standby… mcm biasa
anak akan ak birakan bermain dengan brg2 mainan.. pasang video upin ipin… bila
menangis ak berenti buat kerja.. layan dia… bila dia leka balik main ak sambung
keje…begitulah kebiasaanya… belum siap ak prepare dinner… anak ak dh merengek
nak tido… mmg wak tu pukul 7 lebih anak ak akan tido… tidokan sofea dulu… dh td
oak sambung siapkan mkn malam & kemas ape yg patut… bila suami ak balik kul
9… standby tuk mkn malam… dh selesai semua, pukul 10 barulah masuk tdo… dan
kadang2 tu terlajak sampai kul 12 baru tido… memang memenatkan… belum dicampur lagi keje
malam & hujung minggu…ermmmmm….
Bila difikirkan
waktu bila sahaja ak & suami pay attention kat anak… lebih2 lagi keadaan
anak yg sedang membesar… dh mcm touch & go… sedih rasa hati memikirkannya…
ak mula berjumpa pengarah & ingin mohon tukar agar dekat sedikit dengan
tempat kerja… mungkin lepas ni ak dapat beri ruang masa tuk anak lebih sedikit
drpada kebiasaan… namun jawapan pengarah tetap sama… “saya pun duduk jauh” & pegawai2 lain pun duduk jauh…
“Ermmm jawapan tu,
ak cukup x boleh terima…. Sebabnya… peringkat umur pegawai2 atasan yang duduk
jauh adalah berbeza dengan ak & rakan2 yang senasib dengan ak.. keadaan ak masih peringkat awal membina
sebuah keluarga, & perhatian utama perlu ditekankan terhadap keluarga… anak
masih kecil yang perlu di didik & situasi membiasakan diri dengan
tanggungjawab sebagai ibu, sebagai bapa, sebagai isteri, sebagai suami &
mcm2 lagi… kalau peringkat umur 40 tahun
ke atas adalah situasi yg sangat stabil… especially dalam mendidik anak2… sebab ape ak kata mcm tu, anak2 dh besar,
kerja dah stabil & mungkin keperluan keluarga sudah dapat dipenuhi… bila
melibatkan isu keluarga, perkara ni memang ak sgt titikberatkan… keadaan hari
ini dengan pelbagai masalah rumahtangga, masalah jenayah, gejala social semuanya
berpunca dari dalam keluarga itu sendiri… jadi perkara ni ak rasa x boleh
dipandang remeh…”
Ade jugak yang
kata, senang ko berenti keje & duduk rumah jaga suami & anak… itu pun
bukanlah jawapan yang ak boleh terima… keadaan semasa sekarang berkehendak
suami & isteri bekerja… terutamanya kos sara hidup… ak berharap sangat
dapat duduk dekat walaupun dekat itu istilah sebenar masih jauh rumah & tempat
kerja… asalkan ruang masa & waktu untuk keluarga lebih terjamin.
apepun jom layan lagu ni.... bersyukur atas rahmat & pemberianNYA...
apepun jom layan lagu ni.... bersyukur atas rahmat & pemberianNYA...
No comments:
Post a Comment