Iklan

Thursday 7 November 2013

LUAHAN HATI MAMA

SALAM PENGHULU SEGALA HARI…

Ermmmm… rasa penat @ letih @ stress , yang sentiasa menyelubungi diri tiap2 minggu… apakan daya diri untuk menolak semua rasa ini… terpaksa akur dengan kehendak situasi hari ini… mungkin ibu2 mama2 mak2 umi2 diluar sana merasai apa yang ak rasa….

Seorang ibu berkerjaya ; seorang ibu yang menguruskan hal rumahtangga ; seorang ibu yang juga seorang isteri; seorang ibu yang juga seorang anak ; dan mcm2 lagi peranan yg perlu ak mainkan.. kadang2 peranan2 itu semua ada yang ak abaikan…
Lebih memenatkan situasi kerja yang jauh dari rumah… bukan ak sahaja suami pun macam tu.. ditambah lagi dengan  haluan kerja yang berbeza…  memang sangat memenatkan… minda juga dibebani dengan memikirkan keadaan suami yang pergi kerja menaiki motor pagi2 subuh hari..  keadaan jalan yang memang kita semua tahu mcmn jalanraya di Malaysia ni… mcm2 bermain di fikiran… apepun hanya mampu berdoa agar perjalanan suami pergi & balik sentiasa dilindungi Allah s.w.t.
macam biasa jadual ak bangun pagi pukul 4.30am… menyiapkan sarapan dan bekal untuk ak & suami bawa… kemas rumah cz ak x nak kalau balik dr kerja tengok rumah bersepah… sidai kain, & sememangnyer setiap hari rutin ak membasuh baju malam & paginyer ak jemur di luar rumah… siapkan barang2 anak ak ke rumah pengasuh, selalunya pakaian ak siapkan sebelum tidur Cuma bekal puri anak ak perlu distim untuk memudahkan pengasuh ak bagi anak ak makan.. dan yang pasti ak yakin cara yang ak buat lebih selamat untuk anak ak… cz ak pun x tahu mcmn pengasuh bagi makan anak ak.. lebih baik ak siapkan terus untuk elakkan masalah seperti sakit perut or cirit birit… maklumlah baby memang banyak benda perlu di jaga dari aspek kebersihan….

Selesai semua pukul 5.30 ak kejutkan suami & bersiap terus mandi dll untuk pergi kerja… anak ak sofea kebiasaanya mmg bangun awal.. 5.30am mmg bangun sama dengan papanya… siap sume kul 6 serve suami ak makan, kemas2 sikit… kul 6.30 ak gerak hantar anak ke rumah pengasuh & bertolak ke tempat kerja… kebiasaanya ak sampai 10 minit sebelum pukul 8.00 am… alhamdulilah Allah s.w.t melindungi perjalananku… tetapi mcm biasalah bila meninggalkan anak dengan pengasuh, kerisauan sentiasa melanda tetapi cuba sekalkan hati dan yakin dengan Allah s.w.t anakku selamat tinggal dengan pengasuh… ye lah sekarang ni mcm2 kisah benar yang dipaparkan melalui video berkenaan penderaan kanak2 oleh pengasuh… ak kena sentiasa berwaspada…

Keadaan di tempat kerja, ak malas nak cerita… cz semua org bekerja & tahu waktu itu memang kita akan terikat dengan komitmen kerja… habis keje pukul 5, ak lah selalunya org pertama yg akan terpacak di depan punch card tuk balik… sampai di rumah pengasuh pukul 6.00pm campur borak2 tanya perkembangan anak ak setiap hari ; 6.15 pm ak sampai umah… sampai rumah main2 sekejap dengan anak ak, itupun x sampai 5 minit… ak dh mula siap tuk memasak makan malam… yg pasti ak nak bila suami balik mknn dh standby…  mcm biasa anak akan ak birakan bermain dengan brg2 mainan.. pasang video upin ipin… bila menangis ak berenti buat kerja.. layan dia… bila dia leka balik main ak sambung keje…begitulah kebiasaanya… belum siap ak prepare dinner… anak ak dh merengek nak tido… mmg wak tu pukul 7 lebih anak ak akan tido… tidokan sofea dulu… dh td oak sambung siapkan mkn malam & kemas ape yg patut… bila suami ak balik kul 9… standby tuk mkn malam… dh selesai semua, pukul 10 barulah masuk tdo… dan kadang2 tu terlajak sampai kul 12 baru tido…  memang memenatkan… belum dicampur lagi keje malam & hujung minggu…ermmmmm….

Bila difikirkan waktu bila sahaja ak & suami pay attention kat anak… lebih2 lagi keadaan anak yg sedang membesar… dh mcm touch & go… sedih rasa hati memikirkannya… ak mula berjumpa pengarah & ingin mohon tukar agar dekat sedikit dengan tempat kerja… mungkin lepas ni ak dapat beri ruang masa tuk anak lebih sedikit drpada kebiasaan… namun jawapan pengarah tetap sama… “saya pun duduk jauh”  & pegawai2 lain pun duduk jauh…

“Ermmm jawapan tu, ak cukup x boleh terima…. Sebabnya… peringkat umur pegawai2 atasan yang duduk jauh adalah berbeza dengan ak & rakan2 yang senasib dengan ak..  keadaan ak masih peringkat awal membina sebuah keluarga, & perhatian utama perlu ditekankan terhadap keluarga… anak masih kecil yang perlu di didik & situasi membiasakan diri dengan tanggungjawab sebagai ibu, sebagai bapa, sebagai isteri, sebagai suami & mcm2 lagi…  kalau peringkat umur 40 tahun ke atas adalah situasi yg sangat stabil… especially dalam mendidik anak2…  sebab ape ak kata mcm tu, anak2 dh besar, kerja dah stabil & mungkin keperluan keluarga sudah dapat dipenuhi… bila melibatkan isu keluarga, perkara ni memang ak sgt titikberatkan… keadaan hari ini dengan pelbagai masalah rumahtangga, masalah jenayah, gejala social semuanya berpunca dari dalam keluarga itu sendiri… jadi perkara ni ak rasa x boleh dipandang remeh…”

Ade jugak yang kata, senang ko berenti keje & duduk rumah jaga suami & anak… itu pun bukanlah jawapan yang ak boleh terima… keadaan semasa sekarang berkehendak suami & isteri bekerja… terutamanya kos sara hidup… ak berharap sangat dapat duduk dekat walaupun dekat itu  istilah sebenar masih jauh rumah & tempat kerja… asalkan ruang masa & waktu untuk keluarga lebih terjamin.

apepun jom layan lagu ni.... bersyukur atas rahmat & pemberianNYA...


No comments:

Post a Comment

Iklan Percuma

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...