Iklan

Thursday 31 December 2015

RUMAHKU 1

Salam hari terakhir di Tahun 2015…. Wahhhhhh… dah sedia ke nak masuk tahun baru… rasa berdebar-debar plak nak masuk tahun 2016… korang macamana… sama mcm ak x… ke lagi semangat berkobar-kobar…hehehe…

Hari ni nak share dengan sababat semua tentang rumah baruku yang comel dan kecil…Alhamdulilah rezeki Allah s.w.t… rumah yang ak duduk ni sekarang berstatus rumah teres kos rendah dua tingkat… ade orang panggil rumah burung… ade jugak yang panggil rumah kotak… ak tak kisah orang nak panggil apepun… yang pasti ianya dah jadi milik ak dan suami…hihihi


Rumah asal semasa di lelong

Rumah ni kami beli secara lelong… Orang kata banyak cabarannya kalu beli rumah lelong dan banyak untungnya kalu beli rumah lelong… semua itu benarrrrrr belaka… bermulanya pencarian rumah ini di dalam Mudah.com… ade lelongan… sebenarnya dah lama jugak kami usha rumah lelong… pada mulanya tak berani maklumlah rumah lelong kene bayar 10% dulu… x leh nak kautim orang kata… kalu rumah second hand or rumah baru boleh lagi adjust 10% tu… keputusan yang tiba-tiba suami ak suruh jugak amek rumah tu & buat bank draf… kebetulan plak tarikh tamat lelongan waktu itu lagi 1 hari… berkecamuk jugak nak buat keputusan last minit ni… fikir punya fikir ak sahut jugak permintaan suamiku itu… ak buat bank draf… waktu itu rumah tu di lelong dengan harga RM80k… jadi ak kene buat 10% dari nilai lelongan sebanyak RM8k… ak p Maybank kuarkan duit & terus buat bank draf… kebetulan masa tu kami memang x guna bantuan dari mana-mana ejen… just ak call pelelong tu bila waktu n macamana ak nak buat untuk dapatkan rumah tu… pelelong just cakap pada tarikh lelongan ak kene ada di Mahkamah Tinggi Shah Alam… itu je lah yang di pesan pada ak dan suami…

Notis Lelongan

Hanya berbekalkan cek bank draf RM8k ak dan suami pergi ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk Bida harga rumah… nervous jugak masa tu… maklumlah tak tahu apa… tapi buat-buat berani je… ak fikir sampai kat Mahkamah nanti Tanya je lah orang yang ada dekat situ… Sampai di Mahkamah, memang ak  tak Nampak orang melayu kebanyakkan semua Chinese… rupanya mereka tu semua ejen-ejen hartanah yang memang menjadi orang tengah bagi mendapatkan rumah lelong… Cuma ak dan suami jer tak pakai ejen… ak pun dengan muka x malu Tanya lah sorang laki tua Chinese ni yang memang smart as a ejen hartanah… ak Tanya macamana nak daftar… Alhamdulilah dia tolong banyak sampai ke dalam mahkamah… isi borang dan sertakan bank draf dan kasi pada pendaftar… kebetulan borang tu memerlukan no lelongan… tapi ak x de no tu cz dalam mudah dia tak sertakan no lelongan… kelam kabut gak macamana nak isi… mujurlah ak teringat member ofis ak ada wassupkan notis lelongan… kebiasaan notis lelongan ni akan ditampal di bank or pejabat tanah… sape yang perasan akan tahu… macam ak dan suami just tahu melalui Mudah.com. memang dalam tu tiada notis lelongan.. Alhamdulilah selesai isi borang.. contoh borang tu x sempat nak snap...

Dokumentasi Lelongan

Semua pembida kene tunggu luar sehingga di panggil… bukan satu buah rumah je yang dilelong.. rupanya banayak… jadi kene tunggu turn… sampai turn rumah yang kami nak bida, dipanggil masuk… hanya ak dan suami dan seorang pembida sahaja… ak risau jugak takut ramai pembida… jenuh nak bid kalu ramai… pegawai pendaftar kata kene bida setia kali rm5000… bila dia sebut RM80k… seorang lagi pembida bid RM85k… ak dan suami terpinga-pinga terus cakap RM90k… Pegawai pendaftar tu kata ada sesiapa yang nak bida lg… kami semua senyap… so termaktublah rumah tu kami yang dapat dengan harga bidaan RM90k… rasa mcm menang anugerah berita harian plak masa tu… senyum kembang kuncup ak dan suami dalam mahkamah walaupun x de orang tolong tepuk tangan kat belakang....hahahaahah

Proses seterusnya isi borang sain perjanjian… bermula lah kerja kami untuk bayar dalam tempoh 4 bulan… uishhhh dah macam cerpen lak ak tulis yer…. berjela-jela plak... nek jemu baca yer dak... x pe lah esok ak sambung lagi... ok daaaaa....


Tuesday 29 December 2015

PENGHIJRAHAN

Wahhhhh… terus berusaha mencorat-coret… jd tatapan & kenangan masa tua-tua nanti…heheheh

Hujung-hujung tahun 2015 ni mood2 nak enjoy masih x dapat dibuang lg…hihihihi… cuba menanamkan semangat untuk berubah tahun depan… apepun hr ni nak share tentang tempat baru ak bekerja sekarang… nak kata baru x jugak… Cuma baru nak dikongsikan setelah 2 tahun berlalu… sebelum ni ak pun x ingat dah penah share ke x ak keje di mana… “maklumlah banyak sangat dah urat putuih, sampai x ingat jahhhhhh” hahahahaaha… ak share gaklah secara ringkas nye… bermula masuk ke alam pekerjaan yang tetap ni, ak bertapak di Langkawi pada tahun 2007… setelah 7 tahun di sana ak pun nek bosan.. ak mohon pindah ke Sabak Bernam pada tahun 2013… x sempat nak buat jejak di sana ak dapat pindah ke Kuala Selangor… alah x jauh mana pun… kalu kentur kat Kuala Selangor orang Sabak Bernam boleh dengar lagi… tp kalu kentut kat Sabak Bernam orang x dengar kat Langkawi…hihihi… Kiranya laluan Klang ke Teluk Intan tu memang jalan kencing berak ak lah… Alhamdulilah rezeki ak nampaknya di Kuala Selangor sehingga sekarang… ke depan x tahu lagi macamana.. kot2 dapat pindah dok Sepanyol ka… sapa nak tau kan… tuah ayam Nampak di kaki tuah manusia kita x tahu pun… janji jaga hugungan dengan Pencipta kita n makhluk di sekeliling kita.. InsyaAllah ade lah tuah kita di mana-mana… wah berfalsafah pulakkkkkk…..

Ape yang subjek utama ak bukan nak cerita tentang tempat kerja ak.. cz ak tahu kerja rakan-rakan kat sana lagi hebat …menarik & tertarik lagi daripada ak… justnak share tentang penapakkan ak di Daerah Kuala Selangor Bandar Bersejarah…. Wahhhhh bersejarah ko jahhhh… nak tahu sejarah ke tak kene Tanya orang Selangor….hehehe…
Suami ak Nampak macam dah seronok dok di sini walaupun jauh sedikit dari tempat kerjanya… bab kata suamiku kehidupan di Kuala Selangor ni masih smooooooothhhhh…. Smooth ke?????????? Hahahaha…

Bermula di penghujung tahun 2014, ak dan suami mula usha2 rumah yang sesuai untuk dijadikan tempat berteduh… maklumlah umur sudah hampir menjangkau “tri siris”… asset kekal pun masih x de lagi… jadi kami mengambil keputusan untuk membeli rumah di Kuala Selangor…. orang kata rumah kat sini masih murah... MURAH KE???????? x de maknanya.. itu hanya kisah 10 tahun yang lepas.... sekarang rumah baru yang didirikan kat sini semua mencecah RM350k ke atas... kalu takat-takat gaji ak ni, mau dapat bumbung jer...huhuhuu... sadis sungguh... Dengan itu kami memutuskan untuk cari rumah second hand... Alhamdulilah pada 1 November 2015 kami sekeluarga telah mencapai impian memiliki rumah... Rumah tidaklah sebesar mana, x lah sehebat mana... tapi cukup untuk ak empat beranak berteduh.... setinggi-tinggi syukur pada Allah s.w.t..... 
  


panjang dah ak ceghite ni.... ak belanjalah dulu sekeping gambo tu... next entry ak share lagi semua tentang rumah tu.... ok da.....
  

Sunday 27 December 2015

AKU KEMBALI

Setelah hampir 2 tahun ak meninggalkan blog... sibuk & buat2 sibuk dengan kehidupan seharian... hehehe... amacam kehidupan rakan2 yang sudi menjengah blog ku ini... hope semua hepi2 ending di akhir2 tahun ni... kenangan pahit, sedih, masam, pedas semua kita tinggalkan agar kita dapat bangun menjadi yang lebih baik untuk tahun baru yang mendatang... "ini lebih kepada kata-kata semangat untuk diri sendiri" cayok..cayok..cayok....

Mood nak menulis blog semula bila suasana hidup yang lebih tenang sedang menjengah....hahahahaahaha... apepun banyak benda yang nak ku kongsikan dengan rakan-rakan di luar sana. mungkin boleh di jadikan pengalaman, panduan, ikutan atau sempadan... "ade ke?????" hahahaah...

Tahun 2014 dan 2015 sudah berlalu dan ahli keluargaku juga sudah bertambah... tahun 2012 ak berdua... tahun 2013 ak bertiga... dan tahun 2015 ak sudah berempat dengan kehadiran suami tercinta, puteri terindah dan putera terhebat... ALHAMDULILAH syukur pada MU, Ya ALLAH.... semoga hari-hari yang mendatang akan menjadikan hidup kami lebih bahagia di dalam landasanMu...





story yg ak nak kongsikan terlalu banyak, bersusun jer nak ku luahkan dlm blog ni... bab kata kawan ak blog boleh jadi tempat luahan rasa idea minat n apa-apa je... next entry ak akan story lagi... harap x berhenti setakat ini...heheheheh




Iklan Percuma

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...