Iklan

Thursday 29 September 2016

TANAM POKOK 2

Hari ni bersambung lagi dengan kisah-kisah tanam pokok… Seronok bila lihat hasil yang kita tanam membesar dengan sihat... macam kita membesarkan anak-anak... satu kepuasan sekiranya anak berjaya di dunia dan akhirat... InsyaAllah kita usaha sebaik mungkin... wah berfalsafah pepagi nih... apepun kali ni nak cerita tentang pokok-pokok bunga yang ak tanam... setiap pokok bunga ak ade kisah tersendiri... tapi tengoklah sampai ke tidak ak nak cerita... 
antik x pokok bunga ak nih...heheheh... mintak puji lak yer.... kesemua pokok bunga tu ak tanam dari saiznya yang dh besar jugak.. sehingga ak jaga dah nak sama tinggi mcm tuannye...opssss... tepi belah kiri ni pokok bunga melur.. yang ni ak beli di nursery sama dengan pokok bunga kertas ... pokok alovera tu ak amek kat kg.. mintak yg dah besar gemuk dari mak ak... sampai ak tanam siap beranak pinak... anak-anaknye ak kasi org n tanam pasu lain.. bagi dia sensorang duk kat dalam pasu tu.. baru cantik dan x semak... hujung sekali tu pokok pandan.. yang ni ak dapat free gift dari mak menrtua ku... beli 2 biji pasu coklat bercorak tu dapat anak pokok pandan... hehehe.. walaupun pokok pandan tu x dikira pokok bunga tapi ak joinkan sekali gak dekat pokok2 bunga pasai daun pandan ni mengeluarkan bau wangi pandan.. jadi sesualah letak kat pagar masuk... masuk2 dah bau pokok pandan n bunga melur... tp pokok bunga melur dan pokok bunga kertas ni selalu kene baja baru berbunga,, kalu x, x de bunga yg keluar... tp apepun memasing membesar dengan jayanya...
bab susunatur pasu kat luar rumah pun jadi isu penting buat ak.. pasu punya design pun nak seragam.. x de lah main bantai beli je...hehehe... pasu ni ak beli memang murah bagi ak.. cz dari survey2 ak kat nursery, kedai yg ak beli ni memang murah.. 2 pasu besar tu ak dapat beli dengan harga rm35 tuk 2 biji... ok kan..kan...kan... nak tanya jugak... canek x susunan ak n pokok bunga tu???????? heheheheh... kenapa ak pilih pokok lidah kucing ni... sebabnye pokok ni x perlu siram kerap atau air yg banyak... cepat membiak... daunnya x mudah dihinggap ulat-ulat bulu... maklumlah letak plak tepi pintu.. senang anak-anak ak capai.. jadi x de lah bulu-bulu ulat masuk ke dalam rumah.... "dengan harapan" pokok lidah kucing ni ak amek dekat opis.. ade kisah disebaliknya.. tp x nak cerita lebih2.. nanti teremosi plak...huhu.. mengharapkan pokok ni membiak dengan jayanya walaupun ade kisah disebaliknya... kerana niatku bukan nak menganiaya sesiapa atau menanggu hidup sesiapa... cewahhhh....
terselit 3 pasu comel ni.. pasu ni dari zaman duduk rumah sewa lagi... cuma ak belikan kakije bagi tinggi n nampak cantek... x de lah terlepek kat lantai sangat... pokok ni pun tengah berusaha untuk membesar...  x tau nak susun kat mana.. tgh dalam pertimbangan... almaklumlah kawasan rumah ak kecik dengan bukaan 15 kaki.. memang sempit... dapat masuk sebiji kereta dan letak ampaian kain dan motor... x leh nak lebih2 dah...huhuhu... sebab tu ak kene pandai bab mainkan susun atur... memang cabaran... kalu x pandai dalam susunatur nanti kawasan rumah akan nampak serabut... nanti ak share lagi kalu ade pertambahan pokok-pokok baru.....

Monday 26 September 2016

TANAM POKOK 1

Bersiaran semula setelah sebulan berlalu… sebelum ni sibuk nak deko bilik air yang x seberapa...  sekarang tengah sibuk operasi bercucuk tanam pokok-pokok kat rumah pulak. Bab kata orang pokok ni penambah seri… tp jangan sampai jadi semak samun…hehehe… semangat bercucuk tanam ni alkisah nye bermula ak beli daun limau purut kat pasar petang… plan satu hari tu nak masak tom yam. Ak pun ke pasar semata-mata nak beli daun limau purut. Tp biasalah beli satu benda bawa balik berbagai-bagai…hahaha… ak nak daun limau purut tu dalam setangkai dua. Akak tu kata x leh beli mcm tu, kene beli seikat… mak aih… ni mcm buat kenduri satu taman punya banyak daunnya… seikat herge rm2… amboiiiiiiiiii…. Mahalnyer… tp maybe kesusahan petik dan tanam pokok tu menjadikan harganya mahal…”ye ke”….
Maka dengan alkisah tersebut ak plan tanam saja pokok-pokok yang rasanya setakat nak guna untuk keluarga kecik ak… tp faham-faham jelah rumah ak x de tanah… jadi kejadiannya semua kene tanam dalam pasu… tanah pun kene beli… tp tak pe… kemudahan untuk satu jangka masa panjang…. Ak p pasar pagi kat tg karang, rembat pokok limau purut dengan harge rm10.00… ok dak??? Ok ke x. ak rasa berbaloi dh tu pasai pokok dh besar…
Sampai rumah letak dulu tepi pagar pasai pasu & tanah pun x cari lagi… biasalah kalu nak pergi membeli dan belah dengan anak-anak kecik ni selepas waktu kerja mmg sangat mencabar. Jadi dekat seminggu jugalah pokok limau purut ak tersadi kat tepi pagar…huhuhuh…
Hari cuti ak gigihkan diri kuar p cari pasu n tanah. Tinggai sekejap anak-anak ak ngan papanye. Tinggai siap makan mandi bagai… almaklumlah tak nak susahkan papanya… ragam anak-anak kecik ni faham-faham jelah…

Beli pasu kat kedai RM2.. ak beli 4 biji n tanah kat nursery tepi tesco… tanah ak beli rm5 – 3 pack… selesai beli balik2 terus operasi tanam menanam… kebetulan ade pokok pandan yang memang ak dah lama tanam. amek dari umah mak mertuaku... maka terhasillah dua pasu yang berisi... 
seminggu dari itu lak ak mintak pokok kunyit & kari dari budak kes pejabat ak.. maka di bawakannya sebelum raya haji lalu... tapi tersadai jugak 2 3 hari pasai ak balik kampung... lepas balik tu mula lah operasi semula... tp sayangnye pokok kari dah mampuih x bersiram... x dapat diselamatkan lagi... tp orang kata pokok kari memang sensetif sikit...




inilah hasilnye...alhamdulilah... pokok limau purut pun dah makin membesarkan diri... pokok pandan tu anak pokok dari hasil benih yang ak dapat dari mak mertua ak.. ak dah cabut masuk pasu tu... bau pandan, bau limau purut bau kunyit... memang menyelerakan.. ak letak kat belakang rumah... pasai ruang kat depan rumah nak tanam pokok-pokok bunga je.... 


Iklan Percuma

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...