Iklan

Monday 26 September 2016

TANAM POKOK 1

Bersiaran semula setelah sebulan berlalu… sebelum ni sibuk nak deko bilik air yang x seberapa...  sekarang tengah sibuk operasi bercucuk tanam pokok-pokok kat rumah pulak. Bab kata orang pokok ni penambah seri… tp jangan sampai jadi semak samun…hehehe… semangat bercucuk tanam ni alkisah nye bermula ak beli daun limau purut kat pasar petang… plan satu hari tu nak masak tom yam. Ak pun ke pasar semata-mata nak beli daun limau purut. Tp biasalah beli satu benda bawa balik berbagai-bagai…hahaha… ak nak daun limau purut tu dalam setangkai dua. Akak tu kata x leh beli mcm tu, kene beli seikat… mak aih… ni mcm buat kenduri satu taman punya banyak daunnya… seikat herge rm2… amboiiiiiiiiii…. Mahalnyer… tp maybe kesusahan petik dan tanam pokok tu menjadikan harganya mahal…”ye ke”….
Maka dengan alkisah tersebut ak plan tanam saja pokok-pokok yang rasanya setakat nak guna untuk keluarga kecik ak… tp faham-faham jelah rumah ak x de tanah… jadi kejadiannya semua kene tanam dalam pasu… tanah pun kene beli… tp tak pe… kemudahan untuk satu jangka masa panjang…. Ak p pasar pagi kat tg karang, rembat pokok limau purut dengan harge rm10.00… ok dak??? Ok ke x. ak rasa berbaloi dh tu pasai pokok dh besar…
Sampai rumah letak dulu tepi pagar pasai pasu & tanah pun x cari lagi… biasalah kalu nak pergi membeli dan belah dengan anak-anak kecik ni selepas waktu kerja mmg sangat mencabar. Jadi dekat seminggu jugalah pokok limau purut ak tersadi kat tepi pagar…huhuhuh…
Hari cuti ak gigihkan diri kuar p cari pasu n tanah. Tinggai sekejap anak-anak ak ngan papanye. Tinggai siap makan mandi bagai… almaklumlah tak nak susahkan papanya… ragam anak-anak kecik ni faham-faham jelah…

Beli pasu kat kedai RM2.. ak beli 4 biji n tanah kat nursery tepi tesco… tanah ak beli rm5 – 3 pack… selesai beli balik2 terus operasi tanam menanam… kebetulan ade pokok pandan yang memang ak dah lama tanam. amek dari umah mak mertuaku... maka terhasillah dua pasu yang berisi... 
seminggu dari itu lak ak mintak pokok kunyit & kari dari budak kes pejabat ak.. maka di bawakannya sebelum raya haji lalu... tapi tersadai jugak 2 3 hari pasai ak balik kampung... lepas balik tu mula lah operasi semula... tp sayangnye pokok kari dah mampuih x bersiram... x dapat diselamatkan lagi... tp orang kata pokok kari memang sensetif sikit...




inilah hasilnye...alhamdulilah... pokok limau purut pun dah makin membesarkan diri... pokok pandan tu anak pokok dari hasil benih yang ak dapat dari mak mertua ak.. ak dah cabut masuk pasu tu... bau pandan, bau limau purut bau kunyit... memang menyelerakan.. ak letak kat belakang rumah... pasai ruang kat depan rumah nak tanam pokok-pokok bunga je.... 


No comments:

Post a Comment

Iklan Percuma

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...