Iklan

Monday 4 January 2016

PROSES BELI RUMAH LELONG

halloooooooo.... macam mat saleh plak dah pepagi ni berhalo..halo....hehehe
Assalamualaikum buat semua yang sudi jenguk blogku ini... hari ni nak sambung share entry semalam... nak share proses macamana nak dapatkan rumah lelong... ak just share melalui pengalaman ak beli rumah... ada orang beli rumah lelong untuk kumpul aset... ada orang beli rumah lelong untuk buat bisnes hartanah... macam ak beli rumah untuk ak duduk.... ak just terjebak beli rumah lelong cz tak mampu nak beli rumah baru yang harganya sekarang mencecah sampai RM300k +++... tak termampu dengan kos sara hidup yang semakin meningkat ni... jadi keputusan memilih rumah lelong adalah yang sesuai dengan ak dan suami... cuma rumah lelong ni kena tengok jugak... kadang-kadang x rupa rumah dah... siapa yang berani ambil risiko boleh beli rumah lelong...

apa yang ak taip ni sekadar perkongsian pengalaman ak, bagi maklumat yang lebih jelas dan tepat boleh berhubung dengan pakar-pakar ejen hartanah & lawyer... 





1. Carian lelongan: Mudah.com / iproperty / bank-bank / pejabat tanah & etc.
(Kalu dah ada tempat target lagi senang)


2. Simpan / print / snap notis lelongan
 

 3. Buat semakan dengan pejabat tanah, bank pelelong dan sesiapa yang mengetahui perihal rumah yang dilelong. Dari segi pemilikkan dan apa sahaja yang mungkin akan menyukarkan proses anda setelah rumah Berjaya di bida. ( Penting : untuk mengelakkan pelaburan duit kepada perkara-perkara yang menyukarkan proses pembayaran dan pemilikkan)
 

4. Jika anda berminat proses seterusnya :
a) Sesiapa yang ingin menggunakan loan perumahan dari bank, boleh pergi ke mana-mana bank, minta pegawai bank buat perkiraan adakah dengan gaji anda sesuai tak untuk mohon loan perumahan… Pegawai bank akan tengok gaji berapa, gaji tetap atau gaji hari, ade bebanan hutang atau tidak, ade blacklist atau tidak… bila pegawai bank kata anda boleh lepas loan perumahan… anda boleh teruskan kepada step ke 5.
b) Bagi yang ade duit cash dengan nilai harga lelongan (kene ade lebih dari nilai lelongan cz mungkin selepas bida rumah nilai lelongan akan naik sekiranya ade pembida lain) boleh terus kepada step 5.
c) Bagi government yang ingin menggunakan loan kerajaan sila hubungi bahagian loan perumahan kerajaan dahulu untuk memastikan dengan tempoh masa pembayaran lelongan adakah duit dapat disettlekan kepada bank pelelong (sekiranya tidak… jangan ambil risiko)


5. Buat bank draf di mana-mana bank : 10% dari harga lelongan.
(Cas buat bank draf rm5.++)
 

6. Pergi ke Mahkamah yang telah dinyatakan dalam Notis Lelongan pada tarikh dan masa yang ditetapkan… (Jangan lewat!!! Bagi yang serius)
Di Mahkamah :
a) Pihak pendaftar akan panggil masuk ke dalam kamar mahkamah semua yang ingin bida rumah. (tunggu sehingga dipanggil)
b) Ambil borang dan lengkapkan kemudian pulangkan semula kepada pendaftar Mahkamah beserta cek bank draf.
c) Tunggu di luar kamar mahkamah semula sehingga Pendaftar mahkamah panggil mengikut notis lelongan.
d) Pendaftar akan nyatakan proses membida rumah. Sekiranya anda Berjaya bida dengan nilai bidaan, pelelong akan serahkan beberapa dokumen lelongan untuk anda dan pihak lawyer bank tandatangan beserta pembayaran stem hasil.
e) Setelah selesai documentation pelelong & lawyer bank akan menjelaskan tempoh bayaran yang anda perlu jelaskan. ( ada yang 3 bulan & ada yang 4 bulan )

*Bagi mereka yang menggunakan ejen hartanah semua tu akan diselesaikan oleh ejen, Cuma tuan badan kena berada dalam mahkamah ketika bidaan berlansung…

 

7. Selepas selesai proses di Mahkamah sekiranya anda Berjaya bida, jangan terus peram atau simpan documentation lelongan… cz setiap saat waktu yang berlalu akan merugikan… bagi yang ingin guna loan bank perlu terus ke mana-mana bank yang anda telah pastikan di step 2 sebelum ini untuk submit loan… Bagi yang menggunakan bayaran cash boleh pergi ke mana-mana pejabat lawyer perumahan yang boleh menguruskan proses bayaran dan pemilikkan. Bagi yang menggunakan loan kerajaan boleh terus submit kepada pihak pengurusan.



 PERINGATAN

*Pastikan anda sediakan cash money bagi membuat pembayaran lawyer bagi urusan jual beli. Biasanya mengikut nilai harga rumah.

*Pastikan proses ini dapat diselesaikan sebelum tempoh tamat bayaran yang ditetapkan. Sekiranya tidak diselesaikan sebelum tempoh tamat :

a) Duit bayaran bank draf 10% dari nilai lelongan akan hangus. (confirm rumah x dapat)

b) Sekiranya berkeras mahukan rumah tersebut dan mahu lanjutkan tempoh bayaran, anda akan dikenakan penalti mengikut persetujuan lawyer bank yang membuat lelongan.

*Pastikan anda selalu berhubung dengan lawyer agar proses pembayaran dapat diselesaikan sebelum tempoh tamat.

*Perlu sediakan cash money bagi menyelesaikan bayaran cukai tanah dan cukai pintu bagi rumah yang ada tunggakan. ( Jangan risau duit bayaran cukai tanah & cukai pintu boleh claim pada lawyer bank yang buat lelongan.  Kebiasaanya lawyer yang kita bayar untuk proses ini akan uruskan bab claim.)








Sunday 3 January 2016

RUMAHKU 2

Assalamualaikum...

Selamat tahun baru... Tahun 2016... cuti 3 hari mempersiapkan mental & fizikal untuk masuk ke tahun baru... hari ni dah 4 JANUARI 2016... semoga semuanya berjalan lancar... dilimpahi kesihatan yang baik dan rahmat dari yang Maha Esa...

ak nak sambung cerita tentang rumah baruku lagi... sebelum ni ak dh share macamana permulaan pemilikkan rumah yang ak dan family duduk sekarang... 

setelah selesai & berjaya ak dan suami bida harga rumah kat Mahkamah Tinggi, bermulalah proses yang sememangnya kami sangka mudah tetapi sebaliknya... kami diberi tempoh selama 4 bulan untuk selesaikan bayaran... rumah tersebut di lelong oleh Bank Rakyat... jadi sekarang ak kene setlekan balance bayaran sebanyak RM82k kepada Bank Rakyat... bunyi mcm senang jer nak dapat loan dengan nilai RM82k... maklumlah mana dapat rumah dengan harga tu sekarang... itu pun x rupa macam rumah dah dari luar tengok...huhuhu... hanya yang berani jer sanggup ambik... ak & suami mulalah pergi ke bank-bank untuk mohon loan... bank yang kami mula-mula submit documentation kat Bank Rakyat dan Bank Islam... pasal ade orang kata ini antara interest bank yang rendah & senang lulus... waktu tu tak terfikir nak submit kat bank lain... tunggu punya tunggu dan hampir sebulan berlalu tolak cuti berbagai... keputusan yang menghampakan loan untuk kedua-dua bank tersebut x approve... mulalah kami pening kepala memikirkan bank mana yang nak terima... sebulan dah belalu... tinggal lagi 3 bulan... ak dan suami dah mula putus asa... dengan timing yang dah dekat, dengan bank-bank yang mungkin terima dan mungkin tidak... kata pegawai Bank Rakyat kalu dah bank rakyat yang mudah luluskan loan pun tak terima inikan bank-bank lain yang establish, nak terima ke? masa tu hati ak rasa putus asa sangat2 bi;la pegawai bank tu cakap... tapi suami ak kata jangan dengar cakap pegawai bank tu... 

kuatkan semangat jugak ak hantar jugak permohonan ke Maybank... selama proses 2 minggu menunggu, dan dalam masa yang sama suami ak hantar jugak ke CIMB Bank dan ak hantar ke BSN lagi... akhirnya loan kami diluluskan oleh MAYBANK... tapi waktu 2 minggu 3 minggu tu ak ulang alik dari Tanjong Karang ke Kuala Selangor turun naik Maybank untuk uruskan proses loan... penat lelah tu akhirnya berjaya... x lama selepas tu CIMB Bank & BSN call kata loan kami lulus... rasa sangat rugi kalu kami x hantar awal-awal pada bank-bank yang kami sangka susah luluskan loan ni.... Apepun terima kasih kepada Puan Zakiah pegawai dari Maybank cz tolong jugak bantu approvekan loan kami... Alhamdulilah semoga murah rezeki dia...

Proses seterusnya selepas loan dah lulus pun makin mencabar jugak...huhuhu... ingatkan loan dah lulus kami boleh bertenang... ini kerana timing kami nak kene settlekan bayaran pada Bank Rakyat sudah tinggal 2 bulan...huhuhuh... pening kepala lagi kami... Waktu itu Pn Zakiah kata kami kene amek laoyer panel Maybank sahaja... dan di area Kuala Selangor ni x banyak Lawyer panel Maybank... dan nak dapatkan lawyer yang sanggup ambil risiko settlekan documentation kami dalam masa kurang 2 bulan ni bukan senang... pening lagi kami... Pn Zakiah cadangkan Lawyer Suria & Co kat Tanjong Karang... katanya Lawyer ni baru lagi... kita try kasi pada diaorang.. Bila sebut try2 ni yang ak & suami cuak jugak... masa tu suami ak pun sibuk tanya kengkawan yang kenal lawyer boleh buat proses documentation kami dengan cepat... ada jugak member dia kasi, tapi x confirm panel Maybank ke x... Jadi ak ambil keputusan segera guna juga Lawyer Suria & Co... 

Bila kami ke Pejabat lawyer Suria & Co ni... Puan siti yang menguruskan kes kami pun x boleh jamin kami sempat settlekan sebelum tarikh tamat... tapi dia kata dia akan usahakan... Masa tu kami bertawakal sahaja... Kalu x rumah melepas dengan duait deposit bank draf pun akan burn...

Proses punya proses... turun naik pejabat lawyer... turun naik Maybank... p pejabat tanah... p MDKS... alhamdulilah duit dari Maybank HQ dah masuk kepada Lawyer dan Lawyer telah buat bayaran pada Bank Rakyat... Masa tu sangat seronok... tapi sebelum nak selesai tu, kami memang kene keluar duit jugak... Untuk bayaran upah peguam semuanya RM5392.70... nak settlekan geran semua kami kene settlekan cukai pintu & cukai tanah yang tertunggak oleh tuan sebelum ni... semua tu RM1450.30... cz tuan rumah sebelum ni dari duduk sampai di lelong x pernah bayar cukai pintu & cukai tanah... jadi kami kene bayarkan dulu untuk memudahkan proses pertukaran geran... tapi duit tu kami claim balik dekat Bank Rakyat... Alhamdulilah dah dapat balik...

Pada bulan 9/2015 kami dah boleh start renovate rumah... Alhamdulilah sekali lagi rasa bersyukur sangat bila semua dah settle... masa tu cuma tunggu geran selesai proses je dari lawyer... lawyer pun cakap dah boleh start renovate rumah... seronok sangat-sangat... 

Sebelum (semasa lelongan)

Selepas (selesai renovate)

Belanja gambo sebelum & selepas jer yang ade... Gambo documentation banyak sangat nak snap... entry yang sebelum ni ade 2 3 contoh documentation awal...

entry akan datang ak akan share susur galur lebih jelas proses nak dapatkan rumah lelong berdasarkan pengalaman ak & suami... kot-kot ade kengkawan yang memang dah ade target nak beli rumah lelong... ok daaaaa....


Iklan Percuma

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...