Iklan

Monday 4 January 2016

PROSES BELI RUMAH LELONG

halloooooooo.... macam mat saleh plak dah pepagi ni berhalo..halo....hehehe
Assalamualaikum buat semua yang sudi jenguk blogku ini... hari ni nak sambung share entry semalam... nak share proses macamana nak dapatkan rumah lelong... ak just share melalui pengalaman ak beli rumah... ada orang beli rumah lelong untuk kumpul aset... ada orang beli rumah lelong untuk buat bisnes hartanah... macam ak beli rumah untuk ak duduk.... ak just terjebak beli rumah lelong cz tak mampu nak beli rumah baru yang harganya sekarang mencecah sampai RM300k +++... tak termampu dengan kos sara hidup yang semakin meningkat ni... jadi keputusan memilih rumah lelong adalah yang sesuai dengan ak dan suami... cuma rumah lelong ni kena tengok jugak... kadang-kadang x rupa rumah dah... siapa yang berani ambil risiko boleh beli rumah lelong...

apa yang ak taip ni sekadar perkongsian pengalaman ak, bagi maklumat yang lebih jelas dan tepat boleh berhubung dengan pakar-pakar ejen hartanah & lawyer... 





1. Carian lelongan: Mudah.com / iproperty / bank-bank / pejabat tanah & etc.
(Kalu dah ada tempat target lagi senang)


2. Simpan / print / snap notis lelongan
 

 3. Buat semakan dengan pejabat tanah, bank pelelong dan sesiapa yang mengetahui perihal rumah yang dilelong. Dari segi pemilikkan dan apa sahaja yang mungkin akan menyukarkan proses anda setelah rumah Berjaya di bida. ( Penting : untuk mengelakkan pelaburan duit kepada perkara-perkara yang menyukarkan proses pembayaran dan pemilikkan)
 

4. Jika anda berminat proses seterusnya :
a) Sesiapa yang ingin menggunakan loan perumahan dari bank, boleh pergi ke mana-mana bank, minta pegawai bank buat perkiraan adakah dengan gaji anda sesuai tak untuk mohon loan perumahan… Pegawai bank akan tengok gaji berapa, gaji tetap atau gaji hari, ade bebanan hutang atau tidak, ade blacklist atau tidak… bila pegawai bank kata anda boleh lepas loan perumahan… anda boleh teruskan kepada step ke 5.
b) Bagi yang ade duit cash dengan nilai harga lelongan (kene ade lebih dari nilai lelongan cz mungkin selepas bida rumah nilai lelongan akan naik sekiranya ade pembida lain) boleh terus kepada step 5.
c) Bagi government yang ingin menggunakan loan kerajaan sila hubungi bahagian loan perumahan kerajaan dahulu untuk memastikan dengan tempoh masa pembayaran lelongan adakah duit dapat disettlekan kepada bank pelelong (sekiranya tidak… jangan ambil risiko)


5. Buat bank draf di mana-mana bank : 10% dari harga lelongan.
(Cas buat bank draf rm5.++)
 

6. Pergi ke Mahkamah yang telah dinyatakan dalam Notis Lelongan pada tarikh dan masa yang ditetapkan… (Jangan lewat!!! Bagi yang serius)
Di Mahkamah :
a) Pihak pendaftar akan panggil masuk ke dalam kamar mahkamah semua yang ingin bida rumah. (tunggu sehingga dipanggil)
b) Ambil borang dan lengkapkan kemudian pulangkan semula kepada pendaftar Mahkamah beserta cek bank draf.
c) Tunggu di luar kamar mahkamah semula sehingga Pendaftar mahkamah panggil mengikut notis lelongan.
d) Pendaftar akan nyatakan proses membida rumah. Sekiranya anda Berjaya bida dengan nilai bidaan, pelelong akan serahkan beberapa dokumen lelongan untuk anda dan pihak lawyer bank tandatangan beserta pembayaran stem hasil.
e) Setelah selesai documentation pelelong & lawyer bank akan menjelaskan tempoh bayaran yang anda perlu jelaskan. ( ada yang 3 bulan & ada yang 4 bulan )

*Bagi mereka yang menggunakan ejen hartanah semua tu akan diselesaikan oleh ejen, Cuma tuan badan kena berada dalam mahkamah ketika bidaan berlansung…

 

7. Selepas selesai proses di Mahkamah sekiranya anda Berjaya bida, jangan terus peram atau simpan documentation lelongan… cz setiap saat waktu yang berlalu akan merugikan… bagi yang ingin guna loan bank perlu terus ke mana-mana bank yang anda telah pastikan di step 2 sebelum ini untuk submit loan… Bagi yang menggunakan bayaran cash boleh pergi ke mana-mana pejabat lawyer perumahan yang boleh menguruskan proses bayaran dan pemilikkan. Bagi yang menggunakan loan kerajaan boleh terus submit kepada pihak pengurusan.



 PERINGATAN

*Pastikan anda sediakan cash money bagi membuat pembayaran lawyer bagi urusan jual beli. Biasanya mengikut nilai harga rumah.

*Pastikan proses ini dapat diselesaikan sebelum tempoh tamat bayaran yang ditetapkan. Sekiranya tidak diselesaikan sebelum tempoh tamat :

a) Duit bayaran bank draf 10% dari nilai lelongan akan hangus. (confirm rumah x dapat)

b) Sekiranya berkeras mahukan rumah tersebut dan mahu lanjutkan tempoh bayaran, anda akan dikenakan penalti mengikut persetujuan lawyer bank yang membuat lelongan.

*Pastikan anda selalu berhubung dengan lawyer agar proses pembayaran dapat diselesaikan sebelum tempoh tamat.

*Perlu sediakan cash money bagi menyelesaikan bayaran cukai tanah dan cukai pintu bagi rumah yang ada tunggakan. ( Jangan risau duit bayaran cukai tanah & cukai pintu boleh claim pada lawyer bank yang buat lelongan.  Kebiasaanya lawyer yang kita bayar untuk proses ini akan uruskan bab claim.)








No comments:

Post a Comment

Iklan Percuma

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...