Iklan

Thursday 31 December 2015

RUMAHKU 1

Salam hari terakhir di Tahun 2015…. Wahhhhhh… dah sedia ke nak masuk tahun baru… rasa berdebar-debar plak nak masuk tahun 2016… korang macamana… sama mcm ak x… ke lagi semangat berkobar-kobar…hehehe…

Hari ni nak share dengan sababat semua tentang rumah baruku yang comel dan kecil…Alhamdulilah rezeki Allah s.w.t… rumah yang ak duduk ni sekarang berstatus rumah teres kos rendah dua tingkat… ade orang panggil rumah burung… ade jugak yang panggil rumah kotak… ak tak kisah orang nak panggil apepun… yang pasti ianya dah jadi milik ak dan suami…hihihi


Rumah asal semasa di lelong

Rumah ni kami beli secara lelong… Orang kata banyak cabarannya kalu beli rumah lelong dan banyak untungnya kalu beli rumah lelong… semua itu benarrrrrr belaka… bermulanya pencarian rumah ini di dalam Mudah.com… ade lelongan… sebenarnya dah lama jugak kami usha rumah lelong… pada mulanya tak berani maklumlah rumah lelong kene bayar 10% dulu… x leh nak kautim orang kata… kalu rumah second hand or rumah baru boleh lagi adjust 10% tu… keputusan yang tiba-tiba suami ak suruh jugak amek rumah tu & buat bank draf… kebetulan plak tarikh tamat lelongan waktu itu lagi 1 hari… berkecamuk jugak nak buat keputusan last minit ni… fikir punya fikir ak sahut jugak permintaan suamiku itu… ak buat bank draf… waktu itu rumah tu di lelong dengan harga RM80k… jadi ak kene buat 10% dari nilai lelongan sebanyak RM8k… ak p Maybank kuarkan duit & terus buat bank draf… kebetulan masa tu kami memang x guna bantuan dari mana-mana ejen… just ak call pelelong tu bila waktu n macamana ak nak buat untuk dapatkan rumah tu… pelelong just cakap pada tarikh lelongan ak kene ada di Mahkamah Tinggi Shah Alam… itu je lah yang di pesan pada ak dan suami…

Notis Lelongan

Hanya berbekalkan cek bank draf RM8k ak dan suami pergi ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk Bida harga rumah… nervous jugak masa tu… maklumlah tak tahu apa… tapi buat-buat berani je… ak fikir sampai kat Mahkamah nanti Tanya je lah orang yang ada dekat situ… Sampai di Mahkamah, memang ak  tak Nampak orang melayu kebanyakkan semua Chinese… rupanya mereka tu semua ejen-ejen hartanah yang memang menjadi orang tengah bagi mendapatkan rumah lelong… Cuma ak dan suami jer tak pakai ejen… ak pun dengan muka x malu Tanya lah sorang laki tua Chinese ni yang memang smart as a ejen hartanah… ak Tanya macamana nak daftar… Alhamdulilah dia tolong banyak sampai ke dalam mahkamah… isi borang dan sertakan bank draf dan kasi pada pendaftar… kebetulan borang tu memerlukan no lelongan… tapi ak x de no tu cz dalam mudah dia tak sertakan no lelongan… kelam kabut gak macamana nak isi… mujurlah ak teringat member ofis ak ada wassupkan notis lelongan… kebiasaan notis lelongan ni akan ditampal di bank or pejabat tanah… sape yang perasan akan tahu… macam ak dan suami just tahu melalui Mudah.com. memang dalam tu tiada notis lelongan.. Alhamdulilah selesai isi borang.. contoh borang tu x sempat nak snap...

Dokumentasi Lelongan

Semua pembida kene tunggu luar sehingga di panggil… bukan satu buah rumah je yang dilelong.. rupanya banayak… jadi kene tunggu turn… sampai turn rumah yang kami nak bida, dipanggil masuk… hanya ak dan suami dan seorang pembida sahaja… ak risau jugak takut ramai pembida… jenuh nak bid kalu ramai… pegawai pendaftar kata kene bida setia kali rm5000… bila dia sebut RM80k… seorang lagi pembida bid RM85k… ak dan suami terpinga-pinga terus cakap RM90k… Pegawai pendaftar tu kata ada sesiapa yang nak bida lg… kami semua senyap… so termaktublah rumah tu kami yang dapat dengan harga bidaan RM90k… rasa mcm menang anugerah berita harian plak masa tu… senyum kembang kuncup ak dan suami dalam mahkamah walaupun x de orang tolong tepuk tangan kat belakang....hahahaahah

Proses seterusnya isi borang sain perjanjian… bermula lah kerja kami untuk bayar dalam tempoh 4 bulan… uishhhh dah macam cerpen lak ak tulis yer…. berjela-jela plak... nek jemu baca yer dak... x pe lah esok ak sambung lagi... ok daaaaa....


No comments:

Post a Comment

Iklan Percuma

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...