Iklan

Monday 15 August 2011

CORETAN 4

SeDaNGKu MeMBaCa WaJaHMu
SeNYuMaNMu MeNGGaMBaRKaN SeSuaTu
JiKa Kau FaHaMi iSi HaTiKu
Ku TaK iNGiN WaKTu HeNTi TaNPaMu

Berlagu syahdu di hari selasa...hihihhi... tp hari ni memang hati rasa berdebar-debar... x tau lah kenapa... mata lak duk kejit2 dh 2 minggu... mcm ada something jer nak berlaku... hope semuanya hanya mainan perasaan saja... x mau kisah "SEJARAH MUNGKIN BERULANG" hadir kembali... cuba menenangkan diri... seb bek ada officemate yg berdamping denganku...huhuhh.. ada gak lah masa bergelak ketawa hilangkan rasa tak tenteram dlm hati...


"Ya Allah berilah kekuatan dan ketabahan kepada diriku untuk menghadapi setiap cabaran & dugaan dalam hidup ini...tanpaMu aku lemah dan tidak berdaya menanggung semuanya..Amin"


hermmmm.... bagi menenangkan hati ni, aku teruskan dengan coretan kisah warna warni hidupku... ('',)
kalu kita imbas-imbas kisah hidup masing-masing mesti pernah mengalami ditnggalkan oleh insan-insan yang pernah mewarnai hidup kita... "Bertemu dan Berpisah" perkataan yang seringkali hadir tanpa diundang... Begitulah lumrah kehidupan.... 


ku perkenalkan sekali lagi "PENDAMPING" dari coretanku yg lepas.. >> KAK SARIZAH << orangnya memang sgt aku hormati kerana hati penuh waja dlm mencapai cita-cita.. seorang yg komited & cekap dlm kerja walaupun sudah berkeluarga... kalau cerita pasal dia memang dia hebat dengan menguruskan anak yg ramai 5 orang beb.. kecik2 dan mempunyai berbagai ragam... kalu dilihatkan kita pun x semampu dia, tapi tiada apa yg mustahil bila mempunyai semangat & kecekalan sepertinye.. itu yang aku pelajari sepanjang berdamping dengannya... nasihatnya kepadaku "jangan terlalu memikirkan apa orang kata tentang diri kita, kerana orang lain tidak mampu untuk memberi sebuah kebahagiaan dan kejayaan seperti apa yang kita inginkan"... dari situ aku cuba dengan langkah baru dari segi penampilan, pergaulan, cara hidup dan cara kerja... dari perubahan itu aku menjadi diriku sekarang terus melangkah ke hadapan walaupun pelbagai onak & duri yg kulalui... aku menjadi lebih rapat dengannya bila kami kerap keluar bersama & kadang kala lepak di rumahnya... anak-anak kak sarizah jugak rapat denganku sampai menggelarku "MAK ANI" rasa mcm dh tua jerk...hihihhi... no..no..no.. im still young k...('',) hujung minggu memang menjadi kebiasaan aku akan bawak anak-anaknye pergi taman... seronok tgk gelagat budak-budak.. kebetulan aku memang suka budak2... kalu boleh nak bawak anak dia tggl dengan aku.. tp apakan daya diorg ada mak bapak...huhuhhu kesunyianku di Langkawi sentiasa terisi dengan kehadiran keluarga kak sarizah... ada sahaja aktiviti yg nak dibuat... tgk wayang, berkelah, bershopping, mcm2 lah... dh jadi mcm ahli keluarga cz selalu bawak anak-anak dia sekali... kebetulan kak sarizah memang anak tunggal, dia memang menganggapku seperti adiknya dan aku sendiri dah anggap dia mcm kakak... dan suaminya pun lebih senang memberi ruang aku bersamanya... sepanjang berdamping dengannya x lari dari kisah pahit, manis, suka & duka yg dilalui bersama...  gaduh-gaduh kecil...bermasam muka.. tu semua perkara biasa... masing2 dh besar so x de ape yg nak dihairankan sgt... apapun aku sayangkan dia & keluarganya...('',) 

kehadirannya di Langkawi juga tidak lama, kak sarizah mendapat kenaikan pangkat dan terpaksa melapor diri ke Pulau Pinang... sedih hatiku ditinggalkan lagi... sedih tetapi gembira dengan kejayaannya.. dia berhak dapat dengan apa yg diusahakan dan kecekalannya dlm melaksanakan kerja...

Kenangan manis terakhir bersamanya di Langkawi, dia mengajakku menginap di hotel serta dinner bersama keluarganya pada malam terakhir dia meninggalkan Pulau Langkawi... aku sangat terharu & sangat menghargai penghargaannya padaku... Terima kasih kak sarizah & abg taufik!!!! semoga keluargamu sentiasa dilimpahi rahmat & berkat dari ilahi...('',)


No comments:

Post a Comment

Iklan Percuma

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...