Iklan

Saturday 13 August 2011

CORETAN 3


Kadang Kala Kita Merasa

Dekat Sangat Pada Seseorang
Tetapi Tak Tercapai Tangan Kita
Untuk Menggenggam Tangannya...

Kadang Kala Hati Kita Merasa
Rindu Sangat Pada Seseorang
Tetapi Hati Kita Selalu Berkata-kata
Aku Takut Untuk Meluahkannya...

Kadang Kala Hati Kita
Teringgin Sangat Untuk Bersamanya
Tetapi Hati Kita Sering Berkata-kata
Aku Takut Untuk Mendekatinya....

Kadang Kala Kita Ingin Berseorangan
Tetapi Hati Kita Takut Dalam Kesunyian...

Kadang Kala Hati Kita Ingin Mengambil Berat
Pada Orang Yang Kita Sayang
Tetapi Hati Kita Sering Berkata-kata
Aku Takut Untuk Di Salah Ertikan....

Rupa-rupanya... Kita Memang Berjauhan
Yang Tak Mungkin Tercapai Tangan Ku
Untuk Ku Mengemgam Tangan Mu

Kini Ku Kirimkan Hati Ku..
Sebagai Penganti Diri
Agar Ia Sentiasa Dekat Pada Mu..
Agar Hubungan Yang Terjalin Ini
Kekal Untuk Selamanya..

Walaupun DiriKu Tidak Muncul
 Di Hadapan MU....

wah pagi ni bermadah pujangga lak yer...hihihi... kata-kata ni aku dapat dr seorang sahabat.. sungguh menarik... kata2 ni aku tujukan pada seseorang yg sentiasa ada dalam hati... ('',)


jom kita sambung lagi kisah hidupku yang penuh dengan warna warni... kalu x warna warni x de lah dinamakan manusia... sedangkan tumbuhan pun ada kisah warna warni kan... kerana hidup manusia ini akan terhenti bila ajal maut datang menjemput...('',) semalam diikutkan nak jugaklah wat coretan 3 tapi x berkesempatan... sibuk gotong-royong bubur lambuk... thankz 2 all my frenz yg telah banyak memberikan kerjasama menjayakan program semalam especially 2 >> staf ofic >> ahli persatuan MAWADAH >> jawatankuasa bubur lambuk Taman Mawar... hope lepas ni leh bekerjasama lagi... dapatlah jugak makan bubur lambuk... memang terbaek!!! kalu nak tau aku sememangnya seorang yg sukakan privacy tapi bukan "kera sumbang" yer...('',) cz dalam jiwa aku suka wat aktiviti social melibatkan masyarakat... sebab tu kadang-kadang ada kawan-kawan yg kata x reti penat ke wat keje2 mcm ni?...huhuh... tipulah kalu x penat kan..kan...tetapi aku dapat satu kepuasan dan pengalaman yg menarik...

Gotong royong bubur lambuk semalam yg dapatku kongsikan...('',)



Dari cerita rumah kita masuk cerita tentang rakan-rakan yang mendampingiku sepanjang berada di Langkawi... orang kata kalu x de "PENDAMPING" x syonok lah life ni...hihihhii... pertama kali menjejakkan kaki ke Langkawi rakan pertama yang mula rapat denganku sgt cute...cute mcm aku....heheh... rakan sepejabat... kebetulan lak dia merupakan seorang saja staf wanita ketika itu... maklumlah sampai-sampai Langkawi terus masuk ofic, x sempat nak berkenalan dengan jiran2 "KONDOMINIUM 5 STAR".. ku kenalinya dengan panggilan >> KAK DAN << sememangnye dia pun di sini sendirian tiada saudara-mara... seorang gadis perantau sepertiku... tpi dia lagi jauh pasai perlu merentasi Laut China Selatan & Selat Melaka nak dtg ke sini... Kira-kira aku gadis perantau yg masih lagi bernasib baik lagi lah...('',) nak dijadikan kebetulan dia pun menyewa bersebelahan dengan "KONDOMINIUM 5 STAR" yg kududuki... jadi senang cerita, x lah aku rasa sunyi & boring... anytime leh ajak dia ronggeng kalu boring... kebetulan lak kami berdua tiada kenderaan n sama-sama bujang... so, bila nak kemana-mana jalan kaki, x pun naik teksi... x pernah lagi jalan jauh lah...hihihi... sepanjang ku mengenali kak dan, dia seorang rakan yg baik. banyak membantu x kira dalam kerja n dalam perhubungan...walaupun pernah ada masalah antara kami, itu semua lumrah dalam berkawan.... bab kata pepatah "sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula rumah tangga"...opsss.. kene ke pepatah ni...hihihih... apepun hentam je lah labu...('',) banyak perkara yang kami kongsi bersama... suka-duka-pahit-manis... semua ada... ermmm tp sekarang kami berdua dah berjauhan... jauh dipisahkan oleh lautan.. walaupun terpisah namun masih berhubung.. skrg kan zaman teknologi tanpa sempadan... cuma beza kalu sedih dia x leh tepuk bahu aku dh...huhuhuh... semuanya bermula apabila kak dan dapat menyambung pelajaran tajaan jabatanku selama setahun... pemergiannya tidak lama namun sekembalinya semula ke Langkawi, dia telah mendapat tawaran kerja di jabatan lain... akhirnya kami terpisah jua...('',)

Aku ditinggalkan sendirian.... namun Allah maha adil aku telah digantikan dengan seorang lagi "PENDAMPING"... kedatangannya ke Langkawi juga merentasi Laut China Selatan & Selat Melaka... tp dia bukan berasal dari sana.. sama asalnya dengan negeri kelahiranku... wah... nampak menyeronokkan.. maklumlah dapat jumpa kawan senegeri, tapi bukan maksud semangat kenegerian yer... ku kenalinye dengan panggilan >> KAK SARIZAH << orangnya manis (cz ada tahi lalat mahal diwajahnye) dan bergaya, memang terbaek!!!... bermulalah episod baru bila aku mengenalinye... berapa bnyak episod baru yer...hihihi... tp realitinya banyak perkara yg aku pelajari darinya & sedikit sebanyak membawa perubahan dari bnyak sudut hidupku....

penatlah pulak...nampak gayanyer kita berehat dulu... contineu plak lepas ni... nak p amek2 angin dulu...('',)

No comments:

Post a Comment

Iklan Percuma

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...